Di dalam Peraturan-peraturan Kesatuan Pegawai Kanan RISDA, telah dinyatakan 10 TUJUAN KENAPA KPKR DITUBUHKAN :
TUJUAN 1:
Mengorganisasikan pekerja-pekerja yang disebut di bawah peraturan 3 (1) sebagai ahli Kesatuan dan memajukan kepentingan mereka dalam bidang perhubungan perusahaan, kemasyarakatan dan ilmu pengetahuan.

TUJUAN 2:
Mengatur perhubungan diantara pekerja dengan majikan bagi maksud melaksanakan perhubungan perusahaan yang baik, meningkatkan daya pengeluaran dan memperolehi serta mengekalkan bagi ahli-ahlinya keselamatan pekerjaan, sukatan gaji yang adil dan sesuai serta syarat-syarat pekerjaan yang berpatutan.

TUJUAN 3:
Mengatur perhubungan di antara ahli dengan ahli atau di antara ahli-ahli dengan pekerja-pekerja lain, di antara ahli dengan kesatuan atau pegawai kesatuan atau diantara pegawai kesatuan dengan Kesatuan dan menyelesaikan sebarang perselisihan dan pertikaian diantara mereka itu dengan cara aman dan bermuafakat atau melalui jentera penimbangtara menurut peraturan 26 dan peraturan 27.
TUJUAN 4:
Memajukan kebajikan ahli-ahli Kesatuan dari segi sosial, ekonomi dan pendidikan dengan cara yang sah di sisi undang-undang.
TUJUAN 5:
Memberi bantuan guaman kepada ahli-ahli berhubung dengan pekerjaan mereka jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
TUJUAN 6:
Memberi bantuan seperti pembiayaan semasa teraniaya atau semasa pertikaian perusahaan jika dipersetujui oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.
TUJUAN 7:
Menganjurkan dan mengendalikan kursus, dialog, seminar dan sebagainya untuk faedah ahli-ahli Kesatuan khasnya dan para pekerja amnya.
TUJUAN 8:
Mengendali urusan mengarang, menyunting, mencetak, menerbit dan mengedarkan sebarang jurnal, majalah, buletin, atau penerbitan lain untuk menjayakan tujuan-tujuan Kesatuan ini atau untuk kepentingan ahli-ahli Kesatuan Oleh Majlis Jawatankuasa Kerja.

TUJUAN 9:
Menubuhkan Tabung Wang Kebajikan dan menggubalkan peraturan -peraturan tambahan untuk mentadbir dan mengawal tabung wang itu jika dipersetujui oleh Mesyuarat Agung.
TUJUAN 10:
Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.
Secara amnya melaksanakan sebarang tujuan sekerja yang sah di sisi undang-undang.
*Tujuan yang dinyatakan di bawah peraturan 2 (1) hendaklah dilaksanakan menurut peraturan-peraturan ini, Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan Undang-Undang bertulis yang lain yang ada kaitan.
No comments:
Post a Comment