Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Seminar Memperkasakan Perkhidmatan RISDA dan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPKR Kali ke 48 yang berlangsung di SP Inn Sungai Petani Kedah pada 28hb hingga 30 hb Ogos 2017 telah dijayakan dengan baik sekali.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada TKP (P) kerana sudi menghadiri majlis makan malam dan seterusnya merasmikan masjlis ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pengarah Bahagian Latihan dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kerana membantu menjayakan majlis ini.
Rangkuman program-program yang telah dijalankan pada 28hb - 30hb Ogos 2017 tersebut ialah :
1. 28hb 0gos 2017
Pendaftaran
Menyambut ketibaan VIP
Makan malam
2. 29hb Ogos 2017
Seminar Memperkasakan Perkhidmatan RISDA
Ucapan YDP KPKR
Sesi Bengkel untuk peserta
LDK Kemajuan Kerjaya, Ekonomi dan Pendidikan Ahli
Pembentangan oleh Speaker LDK
Slot bersama Cuepacs Care
Majlis Makan malam bersama TKP
3. 30hb Ogos 2017
Pendaftaran Ahli Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPKR Kali ke 48
Ucapan YDP
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPKR Kali ke 48
Slot bersama Presiden Cuepacs
Makan tengahari
Program tamat.
Secara keseluruhannya Majlis pada kali ini berjalan sangat lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada ahli. Perubahan format telah mengalu-alukan maklumbalas daripada kalangan ahli dan meningkatkan lagi kefahaman ahli tentang tugas dan fungsi KPKR.
Mesyuarat Agong KPKR juga berjalan dalam suasana yang harmoni dan mendapat penglibatan yang baik daripada ahli. Pelbagai sudut pengurusan KPKR dibincangkan untuk penambahbaikkan pengurusan pada masa yang akan datang.
TAHNIAH KEPADA AJK YANG BARU DILANTIK BAGI SESI 2017-2019.
Disediakan oleh: arztman 11/9/2017
No comments:
Post a Comment