KESATUAN PEGAWAI KANAN RISDA ATAU KPKR MERUPAKAN WADAH BAGI PEKERJA -PEKERJA RISDA GRED 27 HINGGA 44 UNTUK MENJAGA KEPENTINGAN MEREKA DI DALAM ORGANISASI DAN MENGATUR PERHUBUNGAN BAIK DENGAN MAJIKAN SERTA MEMAJUKAN KEBAJIKAN AHLI DARI SEGI SOSIAL, EKONOMI DAN PENDIDIKAN SEPERTI DIGARISKAN DALAM AKTA KESATUAN SEKERJA 1959
Tuesday, 19 September 2017
TRANSFORMASI NASIONAL 2050 : ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI PERUBAHAN?
Sepanjang sejarah pembangunan negara, kita berpandukan cita-cita yang murni pada masa-masa yang penting. Bermula dengan era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), kita melangkah ke era Wawasan 2020 (1991-2020). Kini, kita perlu bersedia menghadapi tempoh 30 tahun akan datang.
Dunia akan jauh berbeza dari sekarang dalam tahun 2050 - apakah yang akan membimbing kita?
Transformasi Nasional 2050 atau TN50 adalah satu usaha untuk membentuk masa depan Malaysia bagi tempoh 2020 hingga 2050.
Dari sebuah negara maju, kita harus menyasar untuk menjadi antara negara teratas di tangga dunia dalam ekonomi, kesejahteraan rakyat dan inovasi.Sasaran ini harus diisi dan diberi makna oleh warga Malaysia sendiri. Ayuh, marilah kita berkongsi pendapat dan idea serta menetapkan matlamat bersama ke arah masa hadapan Negaraku. Bersama kita satukan minda dan harapan.
ADAKAH AHLI KPKR BERSEDIA UNTUK MENYELUSURI CABARAN TN50?
Tuesday, 12 September 2017
MAKLUM BALAS MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL 3/2017 (12/9/2017)
Pre Council : 11 September 2017
Tempat : Hevea 3, Tingkat 1, Ibu Pejabat RISDA Jalan Ampang.
Pengerusi : Yang Berbahagia, En.Abdullah Bin Zainal@Deraman,
Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan dan Koporat)
Wakil KPKR : NYDP, SU, TSU, Bendahari.
Keputusan Pre Council : 7 isu dibawa 7 isu diterima dengan pindaan.
MBJ Bil 3/2017 : 12 September 2017
Tempat : Tingkat 13, Ibu Pejabat RISDA Jalan Ampang.
Pengerusi : Yang Berbahagia Dato Wan Ahmad Shaberi Zainuddin Bin Wan Mohamad,
Ketua Pengarah RISDA,
Wakil KPKR : YDP, NYDP, SU, TSU, Bendahari.
Kesatuan Pegawai Kanan merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengurusan RISDA kerana berjaya mengadakan MBJ Kali 3/2017. Dikesempatan ini juga KPKR mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato Wan Ahmad Shaberi Zainuddin Bin Wan Mohamad, Ketua Pengarah RISDA, En.Abdullah Bin Zainal @ Deraman, Timbalan Ketua Pengarah RISDA (Pengurusan dan Koporat) dan En. Nasarudin Bin Malek, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) kerana menerajui RISDA pada masa ini.
Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada Pihak Pengurusan terutamanya Bahagian Latihan dan Bahagian Pentadbiran di atas kebenaran, kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Bengkel Memperkasakan Perkhidmatan RISDA untuk ahli-ahli KPKR baru-baru ini.
B) MAKLUMBALAS MBJ :
1) Kursus refresher dan peningkatan imej kepada Ketua-ketua Unit dan Ketua-ketua Stesen di Pusat Tanggungjawab.
Maklumbalas : Pihak Pengurusan bersetuju untuk mengadakan semula kursus-kursus yang lebih spesifik untuk meningkatkan kemahiran kakitangan dengan kerjasama UCAM.
2) Perlantikan Timbalan Pegawai RISDA Daerah
Maklumbalas : Pihak Pengurusan bersetuju surat lantikan / surat watikah dibuat diperingkat Ibu Pejabat untuk memberi pengiktirafan kepada jawatan TPRD tetapi perlulah mendapat persetujuan daripada PRN/PRD/PRB/PRJ. Ini untuk memastikan Pegawai yang dilantik sesuai untuk menjalankan tugas tersebut. Pengerusi menegaskan, sebarang urusan pertukaran perlulah mengikut prosedur.
3) Penggunaan Teknologi Perlu dipertingkatkan
Maklumbalas : Pihak Pengurusan memohon agar sistem yang sediaada digunapakai dan teruskan membantu Pekebun Kecil. Pihak berkaitan akan melihat perkara ini dari masa ke semasa.
4) Kemudahan Pengajian Secara Sepenuh Masa atau Separuh Masa dipermudahkan.
Maklumbalas : Pihak Pengurusan menyokong kakitangan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi tetapi mestilah tidak mengganggu tugas-tugas rasmi. Terdapat kes-kes tertentu yang menunjukkan ada kakitangan yang menyalah guna masa pejabat dan kemudahan pejabat termasuk tidak menjalankan tugas rasmi kerana mengutamakan pengajian terutamanya secara PJJ. Kemudahan ini juga perlu dipohon dan pihak pengurusan akan melihat secara merit dan keperluan untuk memberi kemudahan ini kepada yang betul-betul cemerlang sahaja. Walaubagaimanapun, secara prinsipnya Pihak Pengurusan akan membantu melalui kaedah Pinjaman Mudah atau Pinjaman Boleh ubah dengan syarat mencapai CGPA yang baik. Pembiayaan pengajian secara sepenuh masa dan biasiswa untuk Ijazah Pertama tidak ada keperluan pada masa ini.
5) Menambah kuota Umrah bagi Ahli Kesatuan yang telah berkhidmat melebihi 30 tahun.
Maklumbalas :Sebelum ini KPKR mendapat 2 kuota dan KPKR memohon dinaikkan kepada 5 kuota. Pihak Pengurusan bersetuju untuk menyemak pertambahan ini dari segi implikasi kewangan. Buat masa ini Pihak Pengurusan bersetuju untuk memberi tambahan kuota kepada 3 orang daripada 2 orang sebelum ini.
6) Mengkaji Pertukaran Kakitangan Yang berkhidmat di Sabah dan Sarawak.
Maklumbalas : Pihak Pengurusan memahami keluh kesah kakitangan yang berasal daripada Semenanjung yang memohon pertukaran balik. Perkara ini telah diambil tindakan dengan membuat pengambilan anak-anak Sabah dan Sarawak agar proses pertukaran ini berjalan lancar tanpa menjejaskan operasi RISDA di Sabah dan Sarawak. Kakitangan yang telah bertugas melebihi 5 tahun akan diberi keutamaan manakala yang melebihi 7 tahun akan diberi pertimbangan awal tertakluk kepada kekosongan. Pengambilan kakitangan baru juga akan diseimbangkan dimana anak-anak Sabah dan Sarawak akan bertugas di Semenanjung terlebih dahulu dan anak-anak Semenanjung akan bertugas di Sabah dan Sarawak terlebih dahulu bagi memberi lebih fleksibiliti kepada Pihak PSM pada masa akan datang.
7) Memohon Slot Penerangan Kepada KPKR
Maklumbalas : Pihak Pengurusan bersetuju untuk memberi slot kepada KPKR untuk membuat penerangan kepada ahli-ahli KPKR atau Bakal Ahli melalui kursus-kursus seperti kursus Induksi. Pihak Pengurusan memahami terdapat ramai ahli Kesatuan yang berpencen tidak diganti dan Kakitangan baru tidak memahami kepentingan untuk menganggotai Kesatuan dan NGO2 kerana tiada maklumat.
C) PENUTUP :
Pengerusi memaklumkan agar semua ahli Kesatuan berada bersama-sama Pihak Pengurusan RISDA dan meningkatkan imej RISDA melalui tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pihak Kerajaan tanpa banyak rungutan, alasan dan kritikan yang tidak membina kerana perkara-perkara negatif tidak membantu RISDA untuk maju. Pihak Pengurusan sentiasa terbuka untuk menerima pandangan dan sedia membantu melalui platform MBJ ini demi kemakmuran bersama. Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kejayaan Program Moh Ngeteh yang berlangsung pada 11 September 2017 yang dijayakan oleh semua.
NOTA :
MAKLUMBALAS INI ADALAH RUMUSAN DARIPADA MBJ BAGI TUJUAN MAKLUMAN DAN TIDAK MENGANDUNGI DETAIL PERBINCANGAN KERANA TERDAPAT SEBAHAGIAN MAKLUMAT ADALAH SULIT. SEBARANG PERTANYAAN LANJUT BOLEHLAH DIHANTAR KEPADA AJK KPKR MELALUI EMAIL, BLOG DAN WHATSAPP GROUP.
Monday, 11 September 2017
KPKR MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH, TUANKU ABDUL HALIM MUĆDZAM SHAH AH-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH
ALOR SETAR, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Ke
Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim
Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat pada jam
2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit, di sini.
Kemangkatan
baginda diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md
Hanipah dalam satu sidang media khas di Wisma Darul Aman sebentar tadi. Katanya,
jenazah almarhum baginda akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi esok
di Istana Anak Bukit, sebelum diberikan penghormatan terakhir di Dewan
Penghadapan Baru kira-kira jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.
Ahmad Bashah turut memaklumkan, jenazah almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada jam 4 petang.“Almarhum
baginda akan diiringi ke Makam Diraja melalui Lebuhraya Darul Aman, Tun
Razak, Langgar dan terus ke makam diraja,” katanya.
Beliau
antara lain memberitahu bendera Negeri dan Persekutuan serta
bendera-bendera lain hendaklah dikibarkan separuh tiang mulai hari ini,
selain memaklumkan tempoh berkabung selama tujuh hari sehingga 17
September 2017.
Sunday, 10 September 2017
KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK KPKR SESI 2017-2019
KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK KPKR SESI 2017-2019
1.YANG DIPERTUA :HJ.ZAMREE BIN OTHMAN(PRD KULIM/BB)
MENANG TANPA BERTANDING
2.TIMBALAN YANG DIPERTUA : EN.MOHD AZMAN BIN HASAN(BPU)
MENANG MELALUI UNDI (3 PENJURU)
3.SETIAUSAHA:PN.ROZIMAS BT ISMAIL(BKB)
MENANG TANPA BERTANDING
4.TIMB.SETIAUSAHA:PN.NOORAZUA BT HJ ARIFIN(BP)
MENANG TANPA BERTANDING
5.BENDAHARI : PN.ITA NORLIZA BT IBRAHIM(BKB)
MENANG TANPA BERTANDING
6.AJK : PN.NORAZIAH BT OTHMAN(PRD LMSK)
MENANG MELALUI UNDI (14 PENJURU)
7.AJK : PN.MAZNAH BT ZAINUDDIN(BKB)
MENANG MELALUI UNDI (14 PENJURU)
8.AJK : EN.AHMAD RAZAK BIN ABDUL AZIZ(PRD KOTA TINGGI)
MENANG MELALUI UNDI (14 PENJURU)
9.AJK : EN.R.ASHARI BIN ABU BAKAR
MENANG MELALUI UNDI (14 PENJURU)
1.YANG DIPERTUA :HJ.ZAMREE BIN OTHMAN(PRD KULIM/BB)
MENANG TANPA BERTANDING
2.TIMBALAN YANG DIPERTUA : EN.MOHD AZMAN BIN HASAN(BPU)
MENANG MELALUI UNDI (3 PENJURU)
3.SETIAUSAHA:PN.ROZIMAS BT ISMAIL(BKB)
MENANG TANPA BERTANDING
4.TIMB.SETIAUSAHA:PN.NOORAZUA BT HJ ARIFIN(BP)
MENANG TANPA BERTANDING
5.BENDAHARI : PN.ITA NORLIZA BT IBRAHIM(BKB)
MENANG TANPA BERTANDING
6.AJK : PN.NORAZIAH BT OTHMAN(PRD LMSK)
MENANG MELALUI UNDI (14 PENJURU)
7.AJK : PN.MAZNAH BT ZAINUDDIN(BKB)
MENANG MELALUI UNDI (14 PENJURU)
8.AJK : EN.AHMAD RAZAK BIN ABDUL AZIZ(PRD KOTA TINGGI)
MENANG MELALUI UNDI (14 PENJURU)
9.AJK : EN.R.ASHARI BIN ABU BAKAR
MENANG MELALUI UNDI (14 PENJURU)
RANGKUMAN SEMINAR MEMPERKASAKAN PERKHIDMATAN RISDA DAN MESYUARAT AGONG DWI TAHUNAN KPKR KALI KE 48
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana Seminar Memperkasakan Perkhidmatan RISDA dan Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPKR Kali ke 48 yang berlangsung di SP Inn Sungai Petani Kedah pada 28hb hingga 30 hb Ogos 2017 telah dijayakan dengan baik sekali.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada TKP (P) kerana sudi menghadiri majlis makan malam dan seterusnya merasmikan masjlis ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada Pengarah Bahagian Latihan dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia kerana membantu menjayakan majlis ini.
Rangkuman program-program yang telah dijalankan pada 28hb - 30hb Ogos 2017 tersebut ialah :
1. 28hb 0gos 2017
Pendaftaran
Menyambut ketibaan VIP
Makan malam
2. 29hb Ogos 2017
Seminar Memperkasakan Perkhidmatan RISDA
Ucapan YDP KPKR
Sesi Bengkel untuk peserta
LDK Kemajuan Kerjaya, Ekonomi dan Pendidikan Ahli
Pembentangan oleh Speaker LDK
Slot bersama Cuepacs Care
Majlis Makan malam bersama TKP
3. 30hb Ogos 2017
Pendaftaran Ahli Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPKR Kali ke 48
Ucapan YDP
Mesyuarat Agong Dwi Tahunan KPKR Kali ke 48
Slot bersama Presiden Cuepacs
Makan tengahari
Program tamat.
Secara keseluruhannya Majlis pada kali ini berjalan sangat lancar dan mendapat kerjasama yang baik daripada ahli. Perubahan format telah mengalu-alukan maklumbalas daripada kalangan ahli dan meningkatkan lagi kefahaman ahli tentang tugas dan fungsi KPKR.
Mesyuarat Agong KPKR juga berjalan dalam suasana yang harmoni dan mendapat penglibatan yang baik daripada ahli. Pelbagai sudut pengurusan KPKR dibincangkan untuk penambahbaikkan pengurusan pada masa yang akan datang.
TAHNIAH KEPADA AJK YANG BARU DILANTIK BAGI SESI 2017-2019.
Disediakan oleh: arztman 11/9/2017
Subscribe to:
Posts (Atom)