Monday, 11 September 2017

KPKR MERAKAMKAN UCAPAN TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH, TUANKU ABDUL HALIM MUÁDZAM SHAH AH-HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH





ALOR SETAR, 20 Zulhijjah 1438H, Isnin – Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah mangkat pada jam 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit, di sini.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dalam satu sidang media khas di Wisma Darul Aman sebentar tadi. Katanya, jenazah almarhum baginda akan disembahyangkan pada jam 10.30 pagi esok di Istana Anak Bukit, sebelum diberikan penghormatan terakhir di Dewan Penghadapan Baru kira-kira jam 11 pagi hingga 12 tengah hari.
 
Ahmad Bashah turut memaklumkan, jenazah almarhum akan dimakamkan di Makam Diraja Langgar pada jam 4 petang.“Almarhum baginda akan diiringi ke Makam Diraja melalui Lebuhraya Darul Aman, Tun Razak, Langgar dan terus ke makam diraja,” katanya.
 
Beliau antara lain memberitahu bendera Negeri dan Persekutuan serta bendera-bendera lain hendaklah dikibarkan separuh tiang mulai hari ini, selain memaklumkan tempoh berkabung selama tujuh hari sehingga 17 September 2017.


No comments:

Post a Comment